Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak bergelar ‘podcaster’ yang menganggap kisah buli pelajar sebagai bahan jenaka.
Difahamkan, Rita merujuk kepada satu ‘podcast’ mengenai seorang wanita yang menceritakan pengalamannya meletakkan racun tikus dalam botol kicap sehingga menyebabkan pelajar asrama dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan.
Ujar Rita, dia berasa risau jika Podcast itu ditonton oleh golongan remaja yang pendek akal dan menganggap ia sebagai satu bahan jenaka dan kelakar.
Dengan rasa bangga bercerita. Kali kedua buat pulak tu. Yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot. Interview macam cerita tu kelakar pulak.
Podcast macam ni akan ditonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ni. Dan apa jadi? Psiko betul, seronok, gelak-gelak cerita. Untuk bagi pengajaran kat orang tapi interview ni jadi macam tak sensitif.
Berikutan itu, Rita tampil memberi nasihat kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang penerbitan ‘podcast’ untuk membawa topik yang lebih berilmu dan memberi pengajaran kepada orang lain.
Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu. Please lah berilmu. Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecik.
Agak-agak lah kalau topik sedih suspen, nak gelak-gelak. Niat kita asal nak bagi pengajaran kepada orang tapi tak sampai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: “Masa Susah Ingat Tuhan, Dah Sihat Lupa..” – Netizen Tegur Elyana Ada ‘Attitude’ Sombong?