Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan seorang individu lelaki meluahkan pandangannya mengenai solat raya Aidiladha.
‘Jogging lagi wajib dari solat sunat raya..’
Dalam video tersebut, lelaki terbabit mengatakan dengan keadaan badannya yang semakin berisi, jogging lebih ‘wajib’ berbanding menunaikan solat sunat raya.
Anyway, solat raya tu sunat je. Janji kita jaga lima waktu kita yang wajib tu dah cukup.
Namun begitu, dia sempat menyatakan solat sunat raya selalunya bermula pada 8.30 pagi dan dirinya jogging pada jam 7 pagi, jadi dia sempat saja pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat raya.
Ada yang setuju, ada yang tak setuju
Video tersebut telah menarik perhatian ramai, di mana netizen meninggalkan respon yang berbeza, ada yang bersetuju dengan lelaki terbabit tetapi ada juga yang merasakan perkara tersebut tidak perlu dikongsikan kepada umum di media sosial.