Nak makan makanan laut seperti udang kara, iaitu sejenis udang batu karang dah tentu mahal harganya yang dan sukar diperolehi di negara ini kecuali di negeri Sabah.
Oleh kerana itu, udang berkenaan sudah pastinya mahal sehingga menjangkau harga RM100-RM300 sekilo. Jadi sudah pasti ramai hanya boleh berkata “tengok je la, kalau nak makan tak mampu,”.
Jadi berita baik untuk peminat udang kara atau Lobster, sebuah restoran makanan ikan bakar di Damansara menawarkan hidangan berasaskan udang kara ini serendah RM 25, murahnya!.
Restoran Hase Ikan Bakar yang beralamat F12, Tok Yem Street Mall, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Malaysia ini sudah pasti membuatkan keinginan anda untuk menjamah udang ‘mahal’ ini tercapai.
Jom tengok menu yang ditawarkan.
Admin tengok pun meleleh beb! Hehehe…