Dengan DIY Kit Rumah Kecil, Anda Boleh Memiliki Rumah Sendiri Dalam Masa 2 Hari

Kehidupan

Dengan DIY Kit Rumah Kecil, Anda Boleh Memiliki Rumah Sendiri Dalam Masa 2 Hari

Zaman sekarang, memang banyak laporan dan berita yang kita dengar tentang masalah rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah kerana harga rumah yang terlalu mahal.

Masalah ini semakin membimbangkan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.

Advertisement

Ini juga turut dijelaskan oleh Bank Negara Malaysia bahawa harga rumah di Malaysia bukanlah di paras harga mampu milik jika dibandingkan dengan standard antarabangsa, ternyata harga rumah di negara ini terlalu mahal.

Namun jika anda mempunyai tanah milik sendiri, rumah milik anda mampu dimiliki dengan wang anda sendiri tanpa perlu berhutang dengan pihak bank.

Kini, anda tidak perlu rungsing kerana di luar negara mereka membina rumah kecil dengan kit binaan rumah yang dijual oleh Amazon, sebuah pusat membeli belah dalam talian.

rumah kecil

Advertisement

Harga yang dijual bermula dengan $5,000 (RM20,000) sahaja. Yang menariknya rumah ini boleh dibina dalam masa dua hari sahaja.

Anda juga tidak perlu risau, kerana bahan binaan sudah tersiap sedia dalam kit binaan rumah ini.

Menurut Amazon sendiri kit rumah kecil tersebut menjadi semakin popular sejak beberapa tahun ini mungkin kerana harga rumah yang semakin meningkat.

Dengan rumah kecil bersaiz antara 100 dan 400 kaki persegi ini, semua orang mampu untuk memiliki rumah sendiri.

kaki persegi

Amazon memperkenalkan lebih dari 24 jenis pilihan DIY kit rumah kecil ini termasuk kabin bersaiz 113 kaki dengan harga $5,350 (RM22,167) dan rumah dengan bilik tidur di bahagian atas pada harga $20,000 (RM82,870).

rumah fesyen lain

Mari kita lihat contoh rumah yang sudah siap dibina menggunakan kit ini:

bagaian dalam rumah

Advertisement

bahagian atas

Bagi yang berminat untuk membina rumah kecil ini, bahan-bahan yang diperlukan akan dihantar secara percuma.

3 parcel besar

Tetapi perlu diingatkan, pakar yang berkemahiran dalam pembinaan rumah perlu turut serta membantu anda bagi memastikan rumah itu selamat dan stabil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...