Zaman sekarang, memang banyak laporan dan berita yang kita dengar tentang masalah rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah kerana harga rumah yang terlalu mahal.
Masalah ini semakin membimbangkan terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.
Ini juga turut dijelaskan oleh Bank Negara Malaysia bahawa harga rumah di Malaysia bukanlah di paras harga mampu milik jika dibandingkan dengan standard antarabangsa, ternyata harga rumah di negara ini terlalu mahal.
Namun jika anda mempunyai tanah milik sendiri, rumah milik anda mampu dimiliki dengan wang anda sendiri tanpa perlu berhutang dengan pihak bank.
Kini, anda tidak perlu rungsing kerana di luar negara mereka membina rumah kecil dengan kit binaan rumah yang dijual oleh Amazon, sebuah pusat membeli belah dalam talian.
Harga yang dijual bermula dengan $5,000 (RM20,000) sahaja. Yang menariknya rumah ini boleh dibina dalam masa dua hari sahaja.
Anda juga tidak perlu risau, kerana bahan binaan sudah tersiap sedia dalam kit binaan rumah ini.
Menurut Amazon sendiri kit rumah kecil tersebut menjadi semakin popular sejak beberapa tahun ini mungkin kerana harga rumah yang semakin meningkat.
Dengan rumah kecil bersaiz antara 100 dan 400 kaki persegi ini, semua orang mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Amazon memperkenalkan lebih dari 24 jenis pilihan DIY kit rumah kecil ini termasuk kabin bersaiz 113 kaki dengan harga $5,350 (RM22,167) dan rumah dengan bilik tidur di bahagian atas pada harga $20,000 (RM82,870).
Mari kita lihat contoh rumah yang sudah siap dibina menggunakan kit ini:
Bagi yang berminat untuk membina rumah kecil ini, bahan-bahan yang diperlukan akan dihantar secara percuma.
Tetapi perlu diingatkan, pakar yang berkemahiran dalam pembinaan rumah perlu turut serta membantu anda bagi memastikan rumah itu selamat dan stabil.