“Dengan Cucu Pun Berkira..” – Ibu Mentua Minta Upah RM100 Jaga Anak, Lelaki Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

“Dengan Cucu Pun Berkira..” – Ibu Mentua Minta Upah RM100 Jaga Anak, Lelaki Ini Dikecam Netizen

Sebuah perkongsian di Twitter baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian netizen apabila seorang individu tampil ‘memerli’ ibu mentuanya yang telah meminta sedikit wang sebagai upah menjaga cucu ketika dia keluar bekerja.

Dalam hantaran itu, si ibu mentua kepada lelaki itu telah meminta upah menjaga anaknya sebanyak RM100 setiap bulan untuk digunakan sebagai wang saku.

Advertisement

Salam Munir, mak nak tanya segan. Mak jaga Hafis ni, mak ingat nak duit belanja mak kira macam upah mak boleh? Munir bagi RM100 je tak apa kalau tak ada duit.

Lelaki itu kemudian membalas dengan nada sinis sebelum berjanji untuk memberi wang yang diminta apabila dapat gaji kelak.

Malah, lelaki itu turut menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang berkira kerana meminta upah untuk menjaga cucunya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan sepatah dua kata di mana rata-rata mereka merasakan lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan di atas kebaikan ibu mentua sendiri.

TwitterSumber : Twitter  

Mak mentua minta RM100 je. RM100 apa lah sangat dibandingkan dengan tenaga mak tu nak jaga anak kamu. Lagi-lagi kalau mak tu dah berumur. Ingat tak letih ke jaga budak-budak?

Selain itu, netizen menasihatkan individu itu untuk muhasabah diri dan sepatutnya berasa malu kerana memperlakukan orang tua seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"12 Sem Projek Tak Siap" - Calon PhD Rupanya Bermasalah, UM Nafi Ambil Hasil Kajian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...