Dengan Bajet Hanya RM150, Korang Boleh ‘Healing’ Dekat Resort Ala Bali Di Hulu Langat Ini. Murahnya!

Travel

Dengan Bajet Hanya RM150, Korang Boleh ‘Healing’ Dekat Resort Ala Bali Di Hulu Langat Ini. Murahnya!

Bali merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai orang di dunia termasuklah rakyat Malaysia yang menyimpan hasrat untuk bercuti bersama keluarga atau rakan.

Tetapi hakikatnya ramai tidak berkemampuan dan mempunyai kekangan kewangan namun kini banyak resort ala Bali yang dibuka untuk menjadi tempat percutian di Malaysia!

Advertisement

Inilah salah satunya!

LiLLA Langat

 

Parkir banyak, ada arca yang comel di lobi

Hujung minggu lalu, saya berkesempatan membawa keluarga kecil untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di sebuah resort terletak di Hulu Langat yang berkonsepkan ala Bali iaitu LiLLA Rainforest Retreat.

Tempat ini menyediakan kawasan parkir yang agak luas dan boleh menempatkan kira-kira 10 kereta pada satu masa dan apabila masuk, pengunjung resort akan diberikan air percuma sewaktu urusan mendaftar masuk.

Pengunjung juga disambut dengan arca zirafah dan beruang di hadapan lobi menuju ke kaunter receptionist.

LiLLA Langat

 

Landskap ala Bali dan harga murah!

Ruangan lobi pula dihiasi dengan kerusi dan meja diperbuat daripada rotan begitu juga lampunya memberikan pengunjung ‘vibe’ seperti berada di Bali.

LiLLA Langat

Dengan harga serendah RM150 (atau lebih murah jika ada promosi) untuk satu bilik yang boleh memuatkan dua orang individu dewasa, pengunjung juga turut mendapat sarapan pagi di dalam pakej harga tersebut.

Bagaimanapun, resort ini tidak mempunyai kafe tetapi jangan risau kerana banyak kedai makan di kawasan Hulu Langat dan tidak terlalu jauh dari situ.

Bilik pula dihiasi dengan barangan dekorasi ala Bali dan dilengkapi beberapa keperluan seperti cerek elektrik, minuman 3 in 1, tv, berus dan ubat gigi serta sabun mandi.

LiLLA Langat

 

Depan bilik ada sungai, kolam renang

Bagi kategori ‘room view’ pula, pengunjung boleh memilih untuk tinggal di dalam bilik yang berhadapan dengan kolam renang atau bilik yang saya pilih, ‘garden view’ yang memberikan lebih ketenangan.

Lebih-lebih lagi, di hadapan bilik pula terhadap anak sungai yang mengalir (boleh juga nak lepak dan berendam), memang ‘healing’ habis dengar bunyi ‘nature’.

LiLLA Langat

LiLLA Langat

Nak tau apa lagi yang menarik? Air kolam renang di sini merupakan air sungai yang mengalir semula jadi tau! Selain tu, dekat sini pun ada banyak OOTD spot yang cantik.

LiLLA Langat

LiLLA Langat

Jika korang tanya saya worth it atau tidak, personally saya rasa yes! Dengan harga yang kita bayar semurah itu, boleh dapat sarapan pagi dan pada masa yang sama, mencapai tujuan utama iaitu untuk ‘healing’.

Tunggu apa lagi, ajaklah keluarga atau kawan korang bercuti di sini pada hujung minggu.

7 months ago

Tak Perlu Keluar Bajet Mahal-Mahal, Korang Boleh 'Jelajah Jepun' Hanya Di Shah Alam Je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...