“Dengan Anak-Anak Pun Nak Berkira..” – Syamsul Yusof Tarik Balik Janji Sediakan Kediaman Untuk Syaikhul Dan Sumayyah

Hiburan

“Dengan Anak-Anak Pun Nak Berkira..” – Syamsul Yusof Tarik Balik Janji Sediakan Kediaman Untuk Syaikhul Dan Sumayyah

Belum tamat kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof apabila pengarah terkenal itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya seperti yang dijadualkan pada hari ini.

Terbaru, Puteri Sarah memaklumkan bahawa Syamsul pernah berjanji untuk memberikan rumah untuk kediaman kedua-dua anak mereka, Syaikhul dan Sumayyah.

Advertisement

Syamsul pernah berjanji jika ada rezeki nak bagi rumah. Sebab tempat tinggal anak-anak kena sediakan, tetapi itu pun tiba-tiba tak mahu bagi.

Puteri Sarah juga berkata dia tidak kisah jika Syamsul ingin bersama Ira Kazar yakni madunya namun nafkah anak-anak tidak boleh berkurang.

Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan.

Terdahulu, pelakon wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila Syamsul memohon untuk dia menarik balik dakwaan terhadap isteri keduanya, Ira Kaza dan meminta ‘diskaun’ sebanyak 30 peratus bagi urusan nafkah kedua-dua anak mereka.

Menjengah ke ruangan komen beberapa hantaran media mengenai isu ini, ramai menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan sikap Syamsul Yusof yang dilihat menyusahkan isterinya untuk bahagia dengan cara sendiri.

Mahkamah sebelum ini menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat pada hari ini namun menemui jalan buntu setelah pengarah itu tiba-tiba sahaja ‘u-turn’ daripada perjanjian yang dibuat beberapa minggu yang lalu.

1 year ago

Syamsul Yusof Ubah Fikiran Enggan Lafaz Talak, Puteri Sarah Keluar Bilik Mahkamah Mata Bengkak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...