Dendam Sampai Viralkan Perkara Fitnah – Da’i Farhan Jelas Kontroversi Kahwin Janda

Hiburan

Dendam Sampai Viralkan Perkara Fitnah – Da’i Farhan Jelas Kontroversi Kahwin Janda

Kecoh di media sosial apabila Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad memuat naik kenyataan mengejut bahawa dia sudah berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan.

da'i farhan kahwin janda

Advertisement

Isu itu menarik perhatian ramai, lebih menggemparkan ada individu mendakwa Farhan sebenarnya berkahwin secara rahsia tanpa mendapat izin dan persetujuan daripada isteri pertamanya yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Individu itu yang merupakan seorang perunding kewangan menulis surat terbuka menerusi laman Facebook, menyatakan perkahwinan pendakwah bebas itu tidak direstui keluarga dan isteri pertamanya.

isteri pertama dai farhan

Enggan dirinya terus dikecam netizen, Farhan akhirnya tampil membuka mulut menjelaskan perkara sebenar.

Fitnah mungkin kerana dendam?

dai farhan dendamdai farhan dendam

Memuat naik bukti perbualan WhatsApp antara isteri pertamanya dan perunding kewangan tersebut, Farhan menjelaskan berkemungkinan kerana dia tidak memberi izin kepada isterinya untuk membeli rumah dengan perunding kewangan tersebut, menjadi punca wanita itu menyebarkan berita tidak benar mengenai pernikahannya.

Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...