Dendam Kerana Diejek Hingga Nekad Bakar Sekolah Tahfiz

Trending

Dendam Kerana Diejek Hingga Nekad Bakar Sekolah Tahfiz

Rasa dendam dan tidak berpuas hati antara faktor terjadinya tragedi kebakaran yang melibatkan sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Taman Datuk Keramat.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, perselisihan faham lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat dipercayai menjadi punca kejadian kebakaran hingga 23 nyawa penghuni pusat tahfiz berkenaan terkorban.

Berdasarkan sumber polis, beberapa hari sebelum kejadian berlaku, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.

Susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka bertindak melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.

“Kemudiannya, mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama.” katanya.

Susulan dari itu, tujuh remaja itu ditahan dan mereka didapati positif dadah ketika ditahan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...