“Denda RM50k Sangat Tidak Patut..” Sarimah Ibrahim Minta Netizen Tularkan Perniagaan Abang Burger

Hiburan

“Denda RM50k Sangat Tidak Patut..” Sarimah Ibrahim Minta Netizen Tularkan Perniagaan Abang Burger

Merasakan denda  RM50,000 yang dikenakan kepada peniaga burger yang tular baru-baru ini sangat tidak munasabah, pelakon dan personaliti TV, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil bersuara.

Menerusi laman Twitter, Sarimah menyampaikan pesanan kepada masyarakat di luar sana agar berhenti memberi kecaman sebaliknya meminta orang ramai agar menghulurkan bantuan dengan menyebarkan mengenai perniagaan yang diusahakan oleh lelaki yang berasal daripada Kelantan itu.

Advertisement

Twit Sarimah itu ternyata telah menarik perhatian orang ramai yang rata-rata menyokong pendapat serta saranan pelakon jelita itu.

Sarimah IbrahimSumber : Twitter Sarimah Ibrahim  

“Okey dari kita mengutuk situasi orang lain lebih baik kita bantu viralkan perniagaan abang burger RM50,000 tu. Supaya rezeki dia melimpah sampai RM100,000. Mana bisnes dia sebarkan. Lebih baik membantu daripada mengutuk.”

Sarimah secara peribadi turut menganggap kompaun yang dikenakan ke atas peniaga tersebut tidak munasabah dengan kesalahan yang dilakukan. Malah, dia juga memberi cadangan agar memberikan denda berdasarkan pendapatan setiap pesalah yang melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Terdahulu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir telah dikenakan denda sebanyak RM50,000 oleh anggota polis kerana telah menjalankan perniagaan melebih had masa.

Media juga ada mendapatkan jawapan daripada peniaga burger tersebut dan isterinya, Nor Laili menjelaskan bahawa mereka pada ketika itu sedang menyiapkan tempahan untuk pekerja kilang dan tiada pelanggan di gerainya.

Nor Laili juga memaklumkan bahawa ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Burger 50KSumber : mStar Online  

Sekadar info, negeri Kelantan menetapkan sebarang premis kedai makan dan restoran untuk beroperasi sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...