Denda RM 2,000 Atau Penjara Kurang 6 Bulan Jika Masih Guna Tayar ‘Hellaflush’-PDRM

Automotif

Denda RM 2,000 Atau Penjara Kurang 6 Bulan Jika Masih Guna Tayar ‘Hellaflush’-PDRM

Bagi sesiapa yang gemar untuk mengubah suai kereta lagi-lagi menggunakan tayar ‘hellaflush’, sebaiknya untuk tidak berbuat hal sedemikian.

Terbaharu, menerusi akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan berhubung kepada sesiapa sahaja yang mengubah suai kereta dengan menggunakan tayar ‘hellaflush’.

Advertisement

Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang mengubah suai kereta jika masih menggunakan tayar ‘hellaflush’.

Hal ini demikian kerana, hal tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi. Ini juga akan memberi risiko kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Denda boleh dikenakan tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan jika disabitkan kesalahan.

Pemilik-pemilik kereta dinasihatkan untuk tidak mengubah suai kenderaan masing-masing sehingga melanggar undang-undang sebagai pengguna jalan raya.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...