Denda dan Penjara Jika Tidak Solat Jumaat Tiga kali Di Kelantan

Trending

Denda dan Penjara Jika Tidak Solat Jumaat Tiga kali Di Kelantan

solat jumaat kelantan

Lelaki yang akil baligh dan tiada sebab munasabah untuk meninggalkan solat Jumaat di Kelantan tidak boleh memandang ringan akan tanggungjawab menunaikan ibadah itu.

Advertisement

Jika dikesan sengaja meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, mereka boleh dihukum penjara sehingga setahun.

Laporan akhbar Berita Harian yang memetik kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, pendakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun.

Setakat ini, menurut beliau, hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu.

Nassuruddin menambah, bagi membolehkan seseorang itu didakwa, sesiapa sahaja termasuk imam atau ahli jawatankuasa (AJK) masjid boleh membuat aduan mengenai kegagalan individu menunaikan solat Jumaat.

“Aduan boleh dibuat dengan mengisi borang dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Pihak penguatkuasa jabatan akan menyiasat dan berbincang dengan imam,” terang beliau ketika ditanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Tindakan selanjutnya adalah dengan memberikan imam sebuah buku rekod kehadiran untuk memastikan individu berkenaan hadir ke masjid tersebut bagi menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Jika gagal hadir dalam tempoh berkenaan, pendakwaan akan dibuat.

Cadangan berhubung AJK pemantau dalam kalangan wanita yang bertugas untuk mengenal pasti individu lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat juga akan dipertimbangkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...