June 30th, 2020

Mendedahkan dirinya memerlukan pakaian ‘boyish’ untuk penggambaran telemovie Rahsia Malam Jumaat, pelakon Elfira Loy dikhabarkan telah menghabiskan RM2,000 untuk membeli ‘wardrobe’ bagi menjayakan karakter terbabit.

elfira loy shopping rm2000

Pendedahan itu dikongsi Elfira menerusi posting di Instagramnya ketika menjawab “Ask Me A Questions” semalam.

Advertisement

elfira loy shopping rm2000

“Kat situ palazo dan blouse banyak gila best best!! Untuk RM2,000 saya dapat baju satu luggage besar dan empat kasut sangat gembira.”

Bagaimanapun, menjengah ke salah satu entri di Instagramnya, Elfira turut berkongsi cerita yang sama berkenaan pakaian yang dibelinya itu.

Tambah Elfira, selain berbaloi membeli belah di Times Square untuk merubah penampilannya, beliau juga seakan rungsing mimikirkan nasib helaian pakaiannya itu kerana almarinya sudah penuh.

 “Masih berfikir apa yang patut saya lakukan dengan semua pakaian selepas habis penggambaran nanti? Hahaha almari dah penuh.”

Memang tidak hairanlah Elfira mampu bertapak lama dalam industri hiburan tempatan, sikap profesionalnya dalam menjiwai watak harus dijadikan contoh buat pendatang baru yang masih bertatih dalam bidang lakonan.

Untuk rekod, selain Elfira, telefilem Rahsia Malam Jumaat itu juga turut dijayakan oleh pelakon dan pengacara sensasi, Janna Nick.

Advertisement

One response to “Demi Watak Boyish, Elfira Loy Habiskan RM2,000 Untuk Beli Pakaian Dan Kasut”

  1. Mak Kuceng says:

    Berlakon kat Malaysia memang kena provide wardobe sendiri ke? Baru tahu.. ingatkan production yg sediakan…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...