Betapa pentingnya gambar dan juga video-video yang diambil oleh kedua ibu bapa kita semasa kita kecil. Ia disimpan sebagai memori pada masa akan datang untuk tatapan kita semua dan juga kenangan.
Lebih-lebih lagi apabila orang tersayang pergi selama-lamanya meninggalkan kita semua diatas muka bumi ini. Apa memori yang kita ada ada? Cukup setakat gambar dan juga video bersamanya.
Samalah dengan kisah seorang pasangan dari Australia ini,pasangan Windross itu mengiklankan kehilangan telefon mereka di media sosial.
Mereka meminta sesiapa yang menjumpainya untuk mengembalikan semula kerana ia mengandungi foto-foto bayi mereka, Amiyah, 11 bulan yang ketika itu sedang nazak akibat masalah saraf sejak lahir.
Pasangan ini telah memuatnaik posting di Facebook merayu kepada semua orang ramai dengan harapan telefon bimbit tersebut dapat ditemui. Mereka meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tentang telefon ini untuk menghubungi mereka.
Mereka ini sedang dalam kesengsaraan atas kehilangan anak mereka ada pula seorang wanita Malaysia yang menetap di Australia, Siti Nurhidayah, 24, dilapor ditangkap kerana didakwa cuba memeras ugut pasangan ini ketika anak mereka sedang tenat.
Satu pendengaran ikat jamin di Melbourne hari ini diberitahu Siti menghubungi Jay dan Dee Windross dan menuntut A$1,000 selepas mereka membuat rayuan terbuka meminta mereka telefon yang dicuri dipulangkan, kata laporan televisyen 9 News.
Telefon itu mengandungi gambar-gambar anak mereka yang tenat.
Polis berkata pesanan yang dikaitkan dengan nombor telefon Siti menunjukkan dia meminta wang jika mahu telefon itu dipulangkan, walaupun telefon itu tiada dalam simpanannya.
Siti ditangkap pada Jumaat. Dia menangis di kandang tertuduh di mahkamah majistret Ringwood ketika suaminya merayu mahkamah membenarkan dia diikat jamin, kata laporan 9 News.
Saya minta maaf kerana saya tak tahu perbuatan isteri saya, saya betul-betul tak tahu,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
Kami tidak ada telefon itu. Mungkin dia gunakan hal itu untuk wang. Itu sahaja. Saya minta maaf.
Mahkamah diberitahu Siti berpindah ke Melbourne pada September tahun lepas, meninggalkan 2 anaknya di Malaysia, dan bekerja sebagai seorang penghantar makanan UberEats di St Kilda, dengan pendapatan A$120 sehari, di mana dia membayar A$90 seminggu untuk sewa basikal itu.
Laporan itu berkata Siti dan suaminya hidup kais pagi makan pagi dan sukar membayar sewa, kata peguam mereka.
Siti tidak dapat membayar wang ikat jamin, kata laporan itu.