Demi Video Prank, 2 Lelaki Sanggup Tolak Seorang Lelaki Hingga Mati

Trending

Demi Video Prank, 2 Lelaki Sanggup Tolak Seorang Lelaki Hingga Mati

Apalah yang seronok sangat jika dapat rakam video kenakan orang atau lebih dikenali sebagai prankster hingga  sanggup mencederakan orang lain atau diri sendiri.

Apa yang anda dapat? Tren apakah yang diamalkan oleh golongan muda sekarang ini?

Advertisement

Menurut Mirror, 2 individu ini telah melakukan perbuatan yang sangat bodoh dengan menolak seorang lelaki hingga mati demi sebuah video kelakar untuk dipaparkan di media sosial.

Lucu sangat ke jika anda melihat orang lain sakit dan minta belas kasihan? Semua orang sekarang sudah tiada perasaan kan!

Rakaman yang berlaku di Sungai Dnipro Ukraine menunjukkan seorang lelaki berusia 48 tahun sedaya upaya berpaut pada pagar jambatan itu.

Sebagai manusia kita pasti punya perasaan apabila lelaki tersebut merayu, tetapi mereka berdua bukanlah manusia tetapi syaitan.

Bukan itu sahaja, sebelum mereka berdua menolak lelaki malang itu, mereka sempat menumbuk muka dia terlebih dahulu.

Beberapa saat kemudian, 2 individu ini menolaknya dari jambatan setinggi 12 kaki ke dalam sungai. Mangsa mati lemas kerana tidak sempat berenang untuk menyelamatkan diri.

Pihak polis di Ukraine mengecam fenomena membuat video kejam semata-semata untuk meraih populariti.

Timbalan pengerusi pasukan polis negara tersebut Vyacheslav Abroskin telah tampil memberi respon tentang insiden ini di media sosial.

Polis telah menangkap 2 orang prankster yang lahir pada tahun 1993 dan 1996 yang menolak seorang lelaki ke dalam sungai bertujuan untuk merakam video menggunakan telefon bimbit dan telah membunuh lelaki tersebut.

Zaman sekarang ni manusia sudah tidak mempunyai hati  lagi. Harap-harap masa depan cucu dan cicit kita tidak seteruk ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...