Baru-baru ini, melalui akaun TikTok @era.je, terdapat satu perbualan bersama seorang wanita Malaysia yang bernama Sarah ini telah menarik perhatian ramai.
Nak kekal gaya hidup T20
Wanita terbabit mengakui bahawa dirinya amat mementingkan gaya hidup seperti ‘orang kaya’ dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk tinggal di kawasan T20 iaitu di Hartamas, Kuala Lumpur.
Lebih mengejutkan, Sarah berkata dia sanggup kekalkan gaya hidup T20 biarpun gaji bulanannya habis digunakan.
Tak kisah lah duit gaji habis ke apa, kita boleh cari balik duit. Tapi saya nak maintain gaya hidup ala-ala kaya gitu.
‘Wajib’ orang tahu alamat di Hartamas
Apabila ditanya oleh penyampai radio bagaimana boleh tinggal di kawasan elit itu, wanita terbabit berkata dia tidak kisah melakukan beberapa pekerjaan asalkan dirinya hidup seperti orang kaya.
Dalam pada itu, ketika salah seorang penyampai radio berkata adakah penting untuk orang lain tahu alamatnya adalah di ‘Hartamas’, dengan yakin Sarah mengiyakannya.