Demi Thesis, Wanita Ini Pura-Pura Bercinta Dengan Suami Orang

Kehidupan

Demi Thesis, Wanita Ini Pura-Pura Bercinta Dengan Suami Orang

Pelik-pelik perangai orang sekarang ini. Baru-baru ini seorang pelajar jurusan Syariah telah membuat pengakuan bahawa beliau berpura-pura bercinta dengan sebilangan suami orang lain demi mencapai objektif kajiannya dalam thesis.

Ini telah dikongsikan olehnya di laman Luahan Orang Bujang, hingga ramai golongan isteri di luar sana tak senang duduk dibuatnya.

Advertisement

Menurut wanita ini, kebanyakkan responden yang diambil untuk kajiannya adalah golongan lelaki yang berkerja makan gaji sekitar Kuala Lumpur. Contohnya, tentera, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain.

Kajian ini telah dijalankan dengan cara wanita ini akan bercinta dengan suami orang selama seminggu dan akan keluar bersama sebanyak dua kali.

Hasil ‘kajian’ menunjukkan sebanyak 80% daripada suami orang itu mulai jatuh cinta dengannya, dan ada juga yang mengajaknya berkahwin.

Terdapat beberapa sebab mengapa para suami berlaku curang menurut perempuan ini, antaranya:

Advertisement

suami curang

1. Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
2. Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
3. Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
4. Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku, kau”.
5. Perempuan di luar sana lebih menggoda.

Lebih mengejutkan apabila wanita ini turut mengaku beliau sudah mula jatuh cinta dengan salah seorang responden yang juga seorang penguatkuasa JPJ.

Perkongsian wanita ini telah membuatkan ramai netizen marah dengan tindakan wanita ini.

netizen marah

 

Kenapalah sampai kena bercinta dengan responden, bukankah ada cara lain yang boleh digunakan. Adakah dia memang berminat dengan suami orang?

 

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...