Pelik-pelik perangai orang sekarang ini. Baru-baru ini seorang pelajar jurusan Syariah telah membuat pengakuan bahawa beliau berpura-pura bercinta dengan sebilangan suami orang lain demi mencapai objektif kajiannya dalam thesis.
Ini telah dikongsikan olehnya di laman Luahan Orang Bujang, hingga ramai golongan isteri di luar sana tak senang duduk dibuatnya.
Kajian ini telah dijalankan dengan cara wanita ini akan bercinta dengan suami orang selama seminggu dan akan keluar bersama sebanyak dua kali.
Hasil ‘kajian’ menunjukkan sebanyak 80% daripada suami orang itu mulai jatuh cinta dengannya, dan ada juga yang mengajaknya berkahwin.
Terdapat beberapa sebab mengapa para suami berlaku curang menurut perempuan ini, antaranya:
1. Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
2. Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
3. Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
4. Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku, kau”.
5. Perempuan di luar sana lebih menggoda.
Lebih mengejutkan apabila wanita ini turut mengaku beliau sudah mula jatuh cinta dengan salah seorang responden yang juga seorang penguatkuasa JPJ.
Perkongsian wanita ini telah membuatkan ramai netizen marah dengan tindakan wanita ini.
Kenapalah sampai kena bercinta dengan responden, bukankah ada cara lain yang boleh digunakan. Adakah dia memang berminat dengan suami orang?
Sumber: Facebook