Demi Suami Tercinta, Nora Danish Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan

Hiburan

Demi Suami Tercinta, Nora Danish Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan

Ingin memberikan fokus kepada keluarga selepas mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri, pelakon Nora Danish akui beliau sudah bersedia untuk meninggalkan bidang lakonan. Walaubagaimanapun, ia tidak akan dilakukan secara drastik.

Advertisement

Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak. Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang.

Pada masa yang sama, Nora  juga sempat meluahkan rasa syukur keraka perkahwinannya bersama Nedim cukup bahagia dan dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu.

Nora dan Nedim sah bergelar suami isteri pada 30 Mac lepas dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glass House at Seputeh, Kuala Lumpur.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...