Written by Bella | December 15th, 2019

Masih hangat lagi nampaknya kontroversi Da’i Farhan dan isterinya, Dr Erin. Seakan tiada kesudahannya.

da'i farhan diploma perubatan islam

Terbaru, viral pula perkongsian Dr Erin dimana dia mengatakan suaminya itu menerima penganugerahan diploma perubatan Islam baru-baru ini.

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islam

Menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dr Erin begitu bangga dengan diploma yang dimiliki oleh Farhan. Menyatakan perubatan Islam begitu hebat dan alternatif terbaik, mengalahkan perubatan moden.

“Pakai doktor tanpa tauliah, kini diploma ‘perubatan Islam’ pula.”

da'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islamda'i farhan diploma perubatan islam

Perkongsian Dr Erin itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan pendakwah itu seakan-akan menunggang agama. Malah, ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.

Tidak pasti apa yang berlaku, wanita itu kemudiannya memadam semula entri tersebut dan kemudiannya memuat naik foto dan kapsyen baharu.

da'i farhan diploma perubatan islam

Boleh kata setiap hari ada sahaja isu mengenai pasangan ini, tidak salah sebenarnya untuk mempelajari ilmu perubatan Islam, cuma ramai yang bengang apabila ada sesetengah pihak hanya ingin mengambil kesempatan dan sekaligus memburukkan agama Islam itu sendiri. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan daripada Da’i Farhan nanti.

18 responses to Demi Sebuah Mukjizat Yang Agung – Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Ada Diploma Perubatan Islam?

  1. Anonymous says:

    isu terang2 di publik..aku nak tanya, JABATAN AGAMA buat apa?

  2. puakatebingbiru says:

    Ilmu sains& teknologi bergerak seiring dengan islam. Memang benar al-quran sumber terbaik dalam segala bentuk rujukan tetapi konsep ilmu juga luas dimana kita digalakkan mencari dan memahami ilmu dari pelbagai sudut dan bentuk supaya akhirnya kita dapat relate dengan ilmu ALLAH. Mengamalkan dan memahami sesungguhnya ilmu ALLAH tidak akan pernah buat kita untuk jadi so called ” penunggang agama” . Janganlah ambil, terima , dan belajar separuh2 yg ,mana kita rasa sesuai dengan diri kita je..salah tu..kerana konsep ilmu ni menyeluruh. Tak pernah wujud perubatan kuno dan perubatan moden. Bezanya pada perkembangan aplikasi teknologi sahaja.. Samalah konsep macam wktu kita kecil sehingga besar. Perkembangan fizikal, mental semua tu..xkn dulu kita manusia kuno sekarang kita manusia moden..apo? Banyak je contoh ikon terbaik perubatan yang gerak seiring dengan islam mcm Prof Dr. Muhaya…xde pun dia suka overclaim mcm puan..Tenang je Prof menyampaikan pengisian perubatan bersama keindahan islam. Xde pulak Prof Muhaya beria kata kena buat rawatan islam je..klu moden penyakit tak sembuh. makin lama makin mengarutlah puan ni..dia punya rebel mcm kita tolak perubatan islam. YANG KITA TOLAK ADALAH SIFAT TIDAK PEKA DAN MENGARUT PUAN SERTA SUAMI PUAN. JANGANLAH GUNAKAN AGAMA SEBAGAI TIKET UNTUK NAMPAK SUCI DALAM MASYARAKAT.

    Sekian.

  3. Anonymous says:

    Betul.. Nara sila buang title Dr tu.

  4. Anonymous says:

    wow! Dr. profesor madya tan sri dato sri paduka puteri toh puan tun erin melangkah laju ke hdpn!! woww!!

  5. Anonymous says:

    Harap nara tak payah la nak address perempuan ni as “Dr”. Dah terang2 nama dia is not registered dalam portal KKM and sah2 menyalahgunakan title Dr yang tah dapat dpd mana tu. stop making stupid people famous

Tinggalkan Komen Anda Di Sini