Masih hangat lagi nampaknya kontroversi Da’i Farhan dan isterinya, Dr Erin. Seakan tiada kesudahannya.
Terbaru, viral pula perkongsian Dr Erin dimana dia mengatakan suaminya itu menerima penganugerahan diploma perubatan Islam baru-baru ini.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dr Erin begitu bangga dengan diploma yang dimiliki oleh Farhan. Menyatakan perubatan Islam begitu hebat dan alternatif terbaik, mengalahkan perubatan moden.
“Pakai doktor tanpa tauliah, kini diploma ‘perubatan Islam’ pula.”
Perkongsian Dr Erin itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan pendakwah itu seakan-akan menunggang agama. Malah, ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.
Tidak pasti apa yang berlaku, wanita itu kemudiannya memadam semula entri tersebut dan kemudiannya memuat naik foto dan kapsyen baharu.
Boleh kata setiap hari ada sahaja isu mengenai pasangan ini, tidak salah sebenarnya untuk mempelajari ilmu perubatan Islam, cuma ramai yang bengang apabila ada sesetengah pihak hanya ingin mengambil kesempatan dan sekaligus memburukkan agama Islam itu sendiri. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan daripada Da’i Farhan nanti.

Anonymous
December 17, 2019 at 2:46 pm
DAJJAL BINI DA TA ADA CERITA SEKARANG NI,SO NA TUTUP MALU JADI FAKE DOKTOI,SEKARANG NI NA SHOW DAJJAL LAKI MLAGI LAGI YANG ADA DIPLOMA-MENGARUT HUI……………..TUDIPLOMA JE BUKAN PANGKAT DOKTOI PHD,MALU LAH DAJJAL LAKI BINI NI APA LAGI BUKTI LIN AWAK NA PAMERKAN?????.DASAR LAKI-BINI(PENIPU,MENGANUT HARTA DUIT ORAGNG JE) KEPADA SEMUA CUSTOMER JANGAN LAGI DTG KAT BUTIK KECANTIKAN MEREKA NI ENTAH ENTAH APA HERBA LA NANTI DIPALIT KAT MUKA U ALL.BOIKOT SEMUA,DA TA ADA MODAL NI LA KERJA LAKI-BINI-PI BUKA SYARAHAAN KAT FAMILI U ALL JE DA HABIS MODAL NA BAYAR KONTRAKTOR………..
Penunggang Agamawan
December 16, 2019 at 4:41 pm
fuh dia punya tunggang masya’allahh
Aishah
December 16, 2019 at 12:18 pm
rasanya dah 2x saya mentioned kat admin knapa masih lg gelar dia Dr ???