Demi RM2 Juta, Isteri Sanggup Berpakat Dengan Adik Bunuh Suami Buta

Trending

Demi RM2 Juta, Isteri Sanggup Berpakat Dengan Adik Bunuh Suami Buta

Seorang isteri difahamkan sanggup berpakat dengan adiknya bagi membunuh suami sendiri demi membolot harta lelaki tersebut yang berjumlah lebih RM 2 juta.

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu khabarnya sanggup mereka cerita kononnhaa suaminya disamun penjenayah yang melarikan rantai leher mangsa di hadapan rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua, pada 1 Oktober yang lalu.

Advertisement

Namun, segalanya terbongkar selepas mereka telah ditahan pihak polis pada Sabtu lalu dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan tukul dan senjata.

Kini, kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta yang sama.

Hasil siasatan mendapati, mangsa merupakan seorang pengusaha perniagaan lori serta besi buruk. Malah mangsa dipercayai mempunyai duit simpanan lebih RM 2 juta dan mempunyai insurans kematian berjumlah RM 800,000.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...