March 4th, 2020

Seorang usahawan kosmetik yang sering mencetus kontroversi didakwa bertindak kasar memukul anak angkatnya. Menerusi laporan yang viral di laman sosial, usahawan kosmetik itu dikatakan memukul anak angkatnya yang baru sahaja berusia dua tahun sewaktu ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.

ameena aliff syukri

Difahamkan, kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di kediaman usahawan kosmetik tersebut yang terletak di Kota Damansara sebelum pembantu rumahnya yang juga merupakan saksi kejadian membuat laporan polis.

Semata-mata demi meraih publisiti murahan, suspek memanggil pembantu rumah berkenaan untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun, pembantu rumah itu berkata dia tidak menuruti arahan tersebut kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.

aliff syukri

 

Tidak berpuas hati, suspek dengan sendirinya telah memukul mangsa menggunakan kasut selain mencubit kanak-kanak tersebut sehingga meninggalkan kesan lebam yang teruk. Susulan dari itu, pembantu rumah berkenaan membuat laporan polis kerana khuatir dirinya dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh suspek.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

usahawan kosmetik didakwa pukul anak angkat

Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

Entah apa yang hendak jadi, gara-gara terlalu ingin meraih perhatian di media sosial, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kes tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro


7 responses to “Demi Publisiti Murahan, Usahawan Kosmetik Terkenal Didakwa Pukul Anak Angkat”

  1. Aku Makhluk says:

    Dia ni mmg dah gila agaknya… Mental disorder… Kesian anak bini dia.. Bela lah laki gila glamor tu.. Mak dia lg kesian cko anak baik tp gila tahap riak kritikal… Org kaya bodoh ni lah jadinya.. Tk de cintih bagus selain mengaibkan je keje dia… Bagus niaga kaya je.. Tp tu pun sbb Allah nk test jeeee… Istidraj sgt…

  2. Abg Black says:

    Demi duit dari google, sanggup buat ye.
    fakof geng melayu yg protek dia

Loading...