Demi Menyelamatkan Kucing Di Dalam Longkang, Lelaki OKU Sanggup Merangkak

Kehidupan

Demi Menyelamatkan Kucing Di Dalam Longkang, Lelaki OKU Sanggup Merangkak

Kehidupan di dunia ini dikongsi dengan pelbagai makhluk ciptaan tuhan. Mereka semua saling memerlukan di antara satu dengan yang lain untuk meneruskan kehidupan.

Hidupan yang hidup bersama-sama kita semua ialah haiwan. Mereka merupakan makhluk yang diciptakan untuk memberi faedah kepada manusia.

Apabila kita berbuat baik kepada mana-mana makhluk yang bernyawa, itu adalah peluang terbaik kita untuk menambah saham akhirat dengan mudah.

Advertisement

Di Sabah, baru-baru ini tersebarnya sebuah video seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) sanggup menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di dalam longkang besar.

Video yang berdurasi 2 minit ini memaparkan kesungguhan lelaki ini turun dari kerusi roda dan berjalan menggunakan tangannya menuju ke longkang demi seekor anak kucing ini.

Anak kucing itu basah kuyup. Tak tahu sejak bila ia berada di situ. Saya cuba naikkannya ke atas dan Alhamdulillah kami dapat selamatkannya.

Katanya lagi, rakannya yang merakam video tersebut tidak dapat turun kerana dia juga merupakan orang kelainan upaya dan pengguna kaki palsu.

“Jadi saya buat keputusan untuk turun dan selamatkan anak kucing itu.”

Perkongsian Abu Fathiyyaturahma mendapat pujian netizen dan rata-rata pengikutnya turut mengucapkan terima kasih di atas keperihatinannya itu.

 

Marilah bersama-sama memupuk nilai ihsan kepada haiwan kerana boleh jadi itulah asbab kita yang membantu ke syurga kelak.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...