Demi Menjayakan Watak, Sweet Qismina Sanggup Pakai Braces

Hiburan

Demi Menjayakan Watak, Sweet Qismina Sanggup Pakai Braces

Mengakui dirinya tampil memakai pendakap gigi (braces) semata-mata untuk menjayakan wataknya sebagai Luna dalam drama Pink Smile, pelakon Sweet Qismina mendedahkan pada awalnya beliau dikhabarkan bagai tidak selesa sehingga mengakibatkan kecederaan di dalam bibir.

sweet qismina pakai braces demi menjayakan watak

Advertisement

“Memang saya pakai braces, khas untuk watak sebagai Luna dalam drama tersebut. Tapi ia sekadar besi yang diletakkan di gigi sahaja tanpa ada dawai untuk ketatkan gigi. Namun, ia bukan la fake braces.”

Katanya lagi, selain terpaksa menahan sakit sebab ketat di bahagian gigi, Sweet juga dikatakan berdepan pening kepala kerana tidak biasa dengan tampalan tersebut.

sweet qismina pakai braces demi menjayakan watak

“Selain itu, pening kepala juga sebab tak biasa. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya buka dan selepas itu saya pakai semula. Sekarang dah selesa dan rasa diri memang Luna.”

Bagaimanapun, Sweet dinasihatkan oleh doktor untuk segera membuka pendakap gigi tersebut kerana ia boleh memberikan kesan pada giginya.

sweet qismina pakai braces demi menjayakan watak

“Doktor ada nasihat, cepat-cepat buka takut akan beri kesan pada gigi. Kalau lambat buka sehingga sebulan atau dua bulan boleh menyebabkan gigi itu bergerak sendiri.”

Untuk rekod, Sweet dijadulakan bakal muncul dalam drama Pink Smile yang akan ditayangkan mulai 31 Julai ini bersama pelakon-pelakon hebat seperti Fattah Amin, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...