Demi Menjaga Budaya Orang Asia, Tiara Jacquelina Tolak Peluang Ke Hollywood

Hiburan

Demi Menjaga Budaya Orang Asia, Tiara Jacquelina Tolak Peluang Ke Hollywood

Pelakon lagenda, Puan Sri Tiara Jacquelina mengakui pernah menerima tawaran untuk menembangkan karier lakonan di Hollywood, namun menolak peluang tersebut.

Tiara atau nama lengkapnya Tiara Jacquelina Eu Abdullah berkata diatas sebab perbezaan budaya menjadi salah satu faktor dia melepaskan tawaran tersebut kerana tidak mahu melakukan babak-babak yang kurang sesuai dengan cara hidup orang Asia.

Advertisement

Menurut Tiara, 52, dia juga menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi. Sehingga sekarang, ramai orang yang bertanya bila mahu pergi Hollywood.

Sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia. Saya terfikir kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat.

Pelakon yang terkenal menerusi watak Puteri Gunung Ledang itu bagaimanapun tidak terkilan dengan keputusan yang dilakukannya itu.

Sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.

Perkongsian Tiara itu dilakukan secara IG Live menerusi laman Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.

Tiara Jacquelina
4 years ago

'Saya Takut Jarum Tapi..' - Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...