Demi Mahar Kepada Bakal Jodoh, Pemuda Ini Gigih Tulis Al-Quran Dengan Tangan  

Trending

Demi Mahar Kepada Bakal Jodoh, Pemuda Ini Gigih Tulis Al-Quran Dengan Tangan  

Setiap pasangan pasti mengimpikan masa depan yang harmoni. Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya haruslah saling menyumbang demi kebahagiaan bersama.

Tular baru-baru ini mengenai seorang pemuda yang bersungguh menulis Al-Quran menggunakan tangan dengan niat sebagai mahar buat bakal jodohnya nanti. Wah..gigih ya..

Sebagai selingan, umum pasti tahu mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri atas sebab pernikahan.

Advertisement

Mungkin atas faktor ini jugalah, pemuda yang dikenali sebagai Awwaluddin Fajri ini tekad menggunakan bakat yang sedia ada untuk hari pentingnya.

Menerusi perkongsiannya di laman sosial TikTok, pemuda itu memuat naik video yang menunjukkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu. Lebih menakjubkan, tulisannya sangat terperinci dan kemas. 

Lebih mencuri perhatian netizen adalah hasilnya yang nampak konsisten dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen biasa sahaja. Memang berbakat..

Didalam video tersebut, pemuda berkenaan turut memberitahu bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak. Untung ya jodohnya nanti!

Walau belum bertemu cinta hati, sifat Awwaludin yang sudah menunjukkan usaha untuk mempersiapkan dirinya di hari bahagianya juga patut dipuji.

Rata-rata netizen turut kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin. Ada juga yang memuji bakat yang dikurniakan kepadanya selain mendoakan pemuda ini berjumpa jodoh secepat mungkin.

“Idaman dunia dan akhirat”

“Teruskan bakat, semoga Allah berikan jodoh yang terbaik”

Kegigihan pemuda itu harusnya dihargai kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah dengan menulis setiap ayat suci itu. Pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi kan.

Semoga pemuda ini dipertemukan dengan orang yang baik akhlaknya dan mampu membawa mereka ke syurga. Aamiin..

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...