Demi Keselesaan Anak-Anak, Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru

Hiburan

Demi Keselesaan Anak-Anak, Bella Astillah Beli MPV Mewah Baru

Menzahirkan rasa gembira apabila hasratnya ingin memiliki sebuah MPV buat keluarganya telah tercapai, pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua sekitar Julai lalu berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.

bella astillah beli mpv mewah

Advertisement

Bella yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz berkata dia membeli kereta itu demi memastikan keselesaan ahli keluarganya yang kini sudah semakin membesar.

“Sejak saya mengandung baby Ara hari itu, saya terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil sata. Saya buat keputusan untuk memiliki sebuah kereta baru untuk keselesaan anak-anak.”

Dalam posting terbabit, Bella dilihat turut berkongsikan gambarnya bersama MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

bella astillah beli mpv mewah

Ujarnya lagi, segala yang dilakukannya itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai anak sulung. Malah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Aliff Aziz serta ibu bapanya yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

“Memang dari dulu memang macam tu sebab saya ni anak sulung dan sampai bila-bila pun akan kekal macam tu, Insya-Allah. Terima kasih suami, mama dan ayah yang selalu doakan saya dan bagi semangat. Alahmdulillah, rezeki anak-anak saya.”

bella astillah beli mpv mewah

Untuk rekod, Bella sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.

Biarpun begitu, pasangan ini dikhabarkan telah rujuk ketika dalam tempoh edah, namun perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...