Demi Keselamatan Ketika Guna ‘Water Heater’, Ini Yang Perlu Anda Tahu Untuk Elak Terkena Renjatan Eletrik

Kehidupan

Demi Keselamatan Ketika Guna ‘Water Heater’, Ini Yang Perlu Anda Tahu Untuk Elak Terkena Renjatan Eletrik

Alat pemanas air elektrik atau dikenali sebagai water heater yang sering kali digunakan di rumah perlu diberi lebih perhatian dan diselenggara secara berkala untuk elakkan sebarang kerosakan berlaku.

Apabila berlakunya kerosakan, itu boleh menjadi punca berlakunya renjatan arus elektrik dan lebih teruk, menyebabkan kematian. Untuk elak dari berlakunya sebarang kejadian, ini antara langkah keselamatan semasa penggunaan pemanas air elektrik.

Advertisement

1. Pastikan ada label SIRIM

langkah keselamatan guna pemanas airSumber : Producnation  

Sebelum membeli, anda dinasihatkan untuk membeli barang yang mempunyai label SIRIM ini kerana ia bermaksud barang tersebut telah diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian serta memenuhi standard yang sepatutnya.

2. Pilih kontraktor berdaftar

langkah keselamatan guna pemanas airSumber : Google  

Elakkan diri dari mengambil khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar dari memasang alat pemanas air elektrik di rumah anda.

Langkah ini bertujuan untuk cegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah sebab itu amatlah penting kerja-kerja pendawaian elektrik dilaksanakan oleh pakar dan orang bertauliah sahaja.

3. Gantikan alat pemanas air yang sudah lapuk

langkah keselamatan guna pemanas airSumber : Google  

Jika di rumah masih memakai alat pemanas air elektrik jenis model keluaran 10 tahun yang lalu ataupun lebih, amat digalakkan untuk anda menggantikannya dengan segera kerana model yang lama tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti model yang baru.

4. Selenggara secara berkala

langkah keselamatan guna pemanas airSumber : Google  

Alat pemanas air elektrik sebenarnya perlu diselenggara dari semasa ke semasa supaya dapat elak dari berlakunya renjatan arus elektrik dan pastikan mengguna khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi menyelenggara water heater di rumah anda.

5. Uji dahulu sebelum mandi

langkah keselamatan guna pemanas airSumber : Google  

Mula-mula anda perlu membuka air dan selepas itu, tekan butang elb test untuk melihat jika trip ataupun off, maka ianya selamat untuk digunakan. Jika adanya litar pintas, maka ianya akan mati secara automatik.

Jika berlakunya tanda-tanda awal renjatan elektrik, segera untuk tekan butang elb test yang juga berfungsi sebagai butang kecemasan.

suami isteri terkena renjatan elektrik
2 years ago

Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal, Dua-Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari 'Water Heater'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...