Demi Keselamatan Anak, Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

Hiburan

Demi Keselamatan Anak, Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

Menyatakan dirinya masih belum bersara daripada industri lakonan yang diceburinya sejak tahun 2011, pelakon jelita yang berasal dari Brunei Ninan Iskandar akui beliau terpaksa menunda perancangan untuk kembali aktif berlakon kerana pandemik Covid-19 di Malaysia belum reda.

Demi Keselamatan Anak, Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

Advertisement

Katanya, selepas selamat melahirkan anak sulung pada Disember tahun lalu, beliau memang sudah berniat mahu aktif semula selepas habis berpantang. Namun segalanya tergendala apabila wabak tersebut mula bertandang ke Malaysia.

“Saya rancang untuk kembali ke Malaysia dan mula berlakon semula lepas habis pantang tapi Covid-19 terjadi. Benda ini kita tak boleh jangka. Keadaan dekat sini (Brunei) alhamdulillah dah stabil. Cuma kalau nak balik ke Malaysia agak leceh kerana banyak prosedur yang perlu diikuti.”

Demi Keselamatan Anak, Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

Menurutnya, Nina juga mengakui beliau tetap berasa takut dengan keselamatan anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang masih kecil.

“Sebenarnya saya takut juga nak balik Malaysia sebab saya ada baby. Macam yang diketahui, masih ada kes baru di Malaysia jadi saya pilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Takut la bila saya dah bekerja dan anak lelaki saya tinggal di Brunei tetiba jadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya dah tak boleh balik ke sana.”

Demi Keselamatan Anak, Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

Untuk rekod, Nina sebelum ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019. Hasil perkahwinan tersebut, kedua-dua mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia sembilan bulan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...