Membuat keputusan mengutamakan keselamatan anak-anak, pelakon Yatt Hamzah tetap akan duduk di rumah selagi keadaan pandemik COVID-19 belum pulih sepenuhnya.
Menurutnya, biarpun sudah ramai yang memulakan perjalanan balik kampung sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, dirinya masih tidak berani untuk keluar ke mana-mana.
Yatt juga difahamkan sanggup berkorban untuk berjuang menentang virus berkenaan dan lebih mengutamakan keselamatan anak-anak.
Perkara itu dikongsi Yatt menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram milik baru-baru ini.
View this post on InstagramAdvertisement
“Jadi anak-anak tahun depan sajalah kita beraya ya. Tahun ni kita berkorban dan berjuang habis-habisan menentang COVID-19.”
Bagaimanapun, andai ramai dalam kalangan kita yang tidak mengambil berat tentang peraturan yang ditetapkan, Yatt juga menegaskan perjuangan itu mungkin sekadar sia-sia.
“Tapi kalau kami saja yang menjaga tak jadi. Seorang dua saja yang buat memang sia-sia tak jadi apa.”
Terdahulu, sejumlah pelonggaran peraturan yang berkuat kuasa mulai 10 Jun di bawah PKPP telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari. Perkara itu dilaksanakan selepas hampir tiga bulan peraturan ketat mengekang penyebaran wabak tersebut dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu.
Untuk rekod, Yatt dan suaminya, Mohammad Zulfadhli telah berkahwin pada Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, Yatt dan pasangan dikurniakan tiga cahaya mata. Malah, pelakon itu juga turut mempunyai seoarang anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya bersama Abdul Mutalib Shukor.

Anonymous
June 11, 2020 at 10:36 am
nak buat anak ramai lagi. lepas tu suruh yg sulung tu jaga. kalau jatuh masukkan dlm socmed supaya anak tu rasa bersalah seumur hidup. socmedkan semua blh baca dan kekal lama.
Zarina Zainoordin
June 10, 2020 at 7:06 pm
TABIK DENGAN YATT HAMZAH! LAGI BAGUS KALAU TIDAK BALIK KAMPUNG KERANA IA TIDAK TERMASUK DALAM SENARAI KEPERLUAN. YANG MERENTAS NEGERI UNTUK URUSAN PENTING/MUSTAHAK BOLEH LA..