Bapa kepada pelakon jelita Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson khabarnya telah mula mengusahakan perniagaan menjual baja selepas mangga harum manis.
Ujar Zainol, tiada apa yang dimalukan untuk seorang selebriti seperti dirinya untukmula menjual asalkan halal demi kelangsungan hidup sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
View this post on Instagram
Berikutan tiada tawaran untuk berlakon dan sebagainya, Zainol mengambil langkah inisiatif lain dalam mencari rezeki.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan bekas penyampai berita TV3 itu menerusi media sosial Instagramnya untuk pengetahuan para peminat di luar sana.
View this post on Instagram
“Sekarang pula dengan PKP, shooting pun dihentikan. Jadi saya beralih ke penjualan baja pula! Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu atau pun segan. Buat masa ni, khusu untuk warga Perlis saja..”
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji usahanya dalam mencari rezeki meskipun terpaksa bergelumang dengan kotoran tanah dan sebagainya.
“Betul tu..nak malu apa kan janji halal..” komen seorang netizen.
Sekadar info, Zainol Macwilson merupakan pelakon popular ketika era tahun 90-an dan masih aktif berlakon dalam beberapa drama tempatan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.