Demi Kaut Untung, Lelaki Campur Minyak Masak Dengan ‘Minyak Sembahyang’

Berita

Demi Kaut Untung, Lelaki Campur Minyak Masak Dengan ‘Minyak Sembahyang’

Umum mengetahui mengenai harga minyak masak yang mengalami kenaikan mendadak daripada RM29.70 kepada RM42.50 sebotol di pasaran.

Namun, masih ada peniaga yang cuba menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan bertindak mencampurkannya dengan ‘minyak sembahyang’ untuk dijual pada harga lebih tinggi.

Advertisement

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan, berkata seorang lelaki berusia 50-an ditahan di rumah teres di Taman Seri Murni, Sungai Dua.

minyak masak

Menurut A Mogan, lelaki tersebut dipercayai mencampurkan minyak masak bersubsidi dengan minyak untuk tujuan sembahyang itu bagi membolehkannya dijual pada harga sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram.

Suspek mempunyai lesen borong kawalan dengan kebenaran untuk beliau mengambil minyak masak daripada pembungkus minyak masak dan dihantar kepada pelanggan.

Namun, lelaki berkenaan telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk mendapatkan bekalan dan menyeleweng barang kawalan serta mengedar untuk kegunaan industri.

minyak sembahyang

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFAPUAA) 2001.

Pihak polis juga akan memohon lesen borong kawalan yang diberikan kepada suspek dibatalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

minyak
2 years ago

"Boleh Kena Penyakit Jantung, Kanser.." - PHM Dedah Risiko Pakai Minyak Masak Lebih 3 Kali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...