Demi Ibu Yang Berlawan Dengan Kanser, Seorang Pelajar Nekad Ambil Cuti Belajar Untuk Jaga Ibu

Kehidupan

Demi Ibu Yang Berlawan Dengan Kanser, Seorang Pelajar Nekad Ambil Cuti Belajar Untuk Jaga Ibu

Liu Xinhong, seorang mahasiswa dari Changhua, baru berusia 20 tahun yang melanjutkan pengajian di Universiti Huwei. Dia tidak benar-benar mengalami kehidupan berwarna-warni seorang pelajar universiti kerana mendapat tahu sel-sel kanser ibunya yang mengalami kanser kelenjar parotid pada pertengahan tahun lalu sedang merebak dan tubuhnya menjadi semakin lemah.

Anak muda ini sangat taat. Liu berfikir bahawa dia hanya ada seorang ibu, dan buku itu boleh dibaca lagi di masa hadapan. Oleh itu, Liu memohon untuk mengambil cuti pengajian pada awal tahun, demi menemani ibunya dan menjaganya selama 24 jam sehari.

Advertisement

Kemudian, ibunya terpaksa tinggal di wad penjagaan dan rawatan di hospital, dan Liu juga turut tinggal di hospital untuk menjaga ibunya. Beliau tahu bahawa kehidupan ibunya mungkin mampu bertahan selama 24 jam atau bila-bila masa yang diizinkan tuhan.

Oleh sebab itu, beliau ingin menghargai masa dan tinggal bersama ibunya serta menjaganya sepanjang masa.

Advertisement

Orang selalu mengucapkan selamat tinggal setiap hari, dan saya cuba membuat orang hidup tanpa penyesalan.

Ketika dirinya masih kecil, ibunya banyak berkorban dan menghabiskan masa yang berkualiti untuk menjaga Liu Xinhong, menemaninya melakukan kerja sekolah dan pelbagai aktiviti lain.

Sebaliknya, ketika Liu meningkat remaja dan sibuk bersekolah, dia tidak mempunyai banyak masa untuk menemani ibunya. Sememangnya tugas seorang ibu itu ialah menjaga keluarga dan diri mereka sendiri serta bertanggungjawab kepada anak-anak selama mana seorang ibu dikurniakan kesihatan yang baik.

Bagi diri Liu Xinhong, dia tidak boleh terus bersama ibunya setiap hari dan mengabaikan kesihatan sendiri, dan kadangkala adik lelaki Liu yang masih berada di sekolah menengah akan pergi ke hospital ketika mempunyai masa untuk menemani ibunya.

Bapa Liu seorang pekerja di kilang besi berasa amat tertekan dengan situasi anak lelaki dan keluarganya, tetapi dia sangat bersyukur mempunyai seorang anak yang taat dan peka dengan masalah keluarga.

Ketika hari lahir Liu Xinhong, dia mengucapkan rasa terima kasih kepada ibunya kerana melahirkannya ke dunia, dan menjaganya dalam apa jua cara terbaik yang mungkin serta memberinya sepenuh kasih sayang. Liu menulis dalam Facebook,

Saya tidak tahu berapa hari saya dapat menemani ibu, jadi saya akan menghargai setiap saat bersama ibu.

Rakan-rakan dan saudara-maranya merasa sangat tersentuh hati dan terharu, lalu memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat Liu serta keluarganya.

Liu Xinhong, seorang anak muda yang taat dan memahami bahawa kematian adalah subjek yang harus dihadapi setiap individu. Oleh itu, dia tidak teragak-agak untuk membincangkan topik itu dengan menjaga ibunya sebaik mungkin. Harapannya bahawa ibunya menerima panggilan tirai terakhir yang sempurna, dan dia pula tidak akan menyesal ketika mengucapkan selamat tinggal.

Liu Xinhong belajar untuk memohon keberkatan daripada kesedihan serta bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada cinta dan kasih sayang. Kisahnya memberitahu kita bahawa cinta harus diberi dan diterima tepat pada masanya.

Jangan menunggu sehingga orang-orang di sekeliling anda mengalami kesakitan, dan kemudian menyedari bahawa hari-hari bersama mereka kini semakin singkat.

Sayangi keluarga dan orang tersayang anda dengan sebaik mungkin.

Advertisement

Sumber: Liu Xinhong/Facebook via erabaru

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...