Demi Hantar Anak Daftar Universiti, Ibu Sanggup Redah 50Km Dengan Motosikal

Trending

Demi Hantar Anak Daftar Universiti, Ibu Sanggup Redah 50Km Dengan Motosikal

Demi menghantar anak sulungnya Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang semalam, Jumiati Masud khabarnya sanggup meredah perjalanan kira-kira 50 kilometer (km) dengan motosikal.

Jumaiti yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu difahamkan selamat menghantar anak lelakinya membuat pendaftaran sebelum pulang sendirian ke kediamannya di Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Advertisement

Ibu redah hantar anak daftar usm naik motor

Memetik laporan Kosmo!, USM memberikan tiga pilihan untuk pelajar baharunya mendaftarkan diri sebagai warga kampus iaitu hadir mendaftar dan pulang bersama waris, hadir mendaftar, menempatkan barang dalam desasiswa dan pulang atau mendaftar dan terus tinggal di asrama.

Biarpun begitu, Jumaiti memaklumkan, bagi menjamin keselesaan untuk menimba ilmu, beliau yang juga seorang peniaga kuih itu tampil menzahirkan rasa syukur kerana boleh membuat pilihan untuk anaknya tinggal di asrama.

“Biarlah dia belajar dalam suasana yang terbaik kerana jika di rumah, kemudahan internet tidaklah begitu baik dan kami tiada kemudahan wifi atau sebagainya. Saya tidak kisah terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk menghantarnya kerana mahu lakukan yang terbaik untuk anak saya,” katanya.

Ibu redah hantar anak daftar usm naik motor

Tidak kurang juga, Jumaiti mendedahkan bahawa anaknya sebelum ini ditawarkan melanjutkan pengajian ke sebuah universiti di Kuala Lumpur namun terpaksa menolak kerana berdepan masalah kewangan.

Sementara itu, Muhammad Izzulhaq khabarnya terharu dengan pengorbanan ibunya, lantas tidak ketinggalan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi memberikan kesenangan kepada ibunya.

“Saya juga risau lihat ibu balik sendiri ke rumah, namun terpaksa akur kerana ibu tekad dan sanggup bersusah-payah demi saya. Saya berdoa semoga Allah permudahkan urusan saya untuk menuntut ilmu di USM,” tambahnya.

Untuk rekod, Muhammad Izzulhaq yang juga pelajar jurusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan merupakan ntara pelajar baharu USM yang mendaftar pada hari kedua sesi pendaftaran pandu lalu sidang akademik 2020/2021.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...