Melalui laporan Berita Harian, warga asing yang ingin menetap dan bekerja di Malaysia, kebanyakannya sanggup membeli kad pengenalan, MyKad palsu yang ditawarkan oleh sindiket bermula dari harga RM4000 hingga RM5000.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, maklumat tersebut diperoleh daripada hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kini sedang menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti sindiket pemalsuan kad pengenalan di negara.
Kebanyakan permintaan ini datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di Malaysia.
Dalam pada masa yang sama, Shamsul Anuar memaklumkan JPN melaksanakan pemantuan berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan seperti pemalsuan kad pengenalan atau perkhidmatan pemalsuan identiti secara atas talian.
Shamsul Anuar turut memberitahu seseorang individu boleh dikenakan hukuman mengikut Perkara 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 atas kesalahan mempunyai kad pengenalan palsu atau kad pengenalan selain kepunyaannya.