“Demi Content..” – Jurujual Gigih Kira Duit Syiling, Wanita Pecah Tabung Beli Gelang Dan Cincin Emas

Kehidupan

“Demi Content..” – Jurujual Gigih Kira Duit Syiling, Wanita Pecah Tabung Beli Gelang Dan Cincin Emas

Satu perkongsian video di TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita telah membeli barang perhiasan emas dengan menggunakan duit syiling di Kuala Terengganu.

Video yang dimuat naik itu kemudiannya mendapat respon yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya terkesima dengan tindakan wanita itu.

Advertisement

Ada yang mempersoalkan keperluan individu itu yang seolah-olah ‘menyusahkan’ pemilik kedai emas terbabit.

Namun, bagi pemilik Kedai Emas Odelon Jewels, Juliana yang ditemui mStar Online, pihaknya menerima apa sahaja kaedah pembayaran termasuklah menggunakan duit syiling.

Kata Juliana, dia agak terkejut apabila wanita terbabit menyatakan hasrat untuk membeli sebentuk cincin emas dan gelang tangan dengan duit syiling kerana ia tidak pernah berlaku.

beli emas pakai duit syilingSumber : TikTok  

Tak ramai yang nak terima duit syiling ni sebab renyah, jadi kami mengambil inisiatif sebaliknya sekaligus memudahkan orang ramai khususnya suri rumah yang ingin memiliki barang kemas idaman.

Video yang menjadi tular itu turut mengundang komen netizen yang pernah melakukan benda yang sama seperti wanita itu.

Tak apa janji duit. Ibu saya pun beli emas hari tu guna duit syiling hampir RM1,000. Semua staf kedai emas masuk dalam untuk tolong kira. – netizen

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kahwin
3 bulan lalu

"Pampers, Taska Dah RM1.3k" - Golongan Muda Malaysia Kini Memilih Untuk Kahwin Lambat Dan Punya Anak Sedikit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. exbanker

    September 7, 2022 at 1:11 pm

    Jangan menyusahkan orang boleh?
    Bank terima ya duit syiling kalau nak tukar dahulu..

    Saja nak buat content bagi marketing

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...