Satu perkongsian video di TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita telah membeli barang perhiasan emas dengan menggunakan duit syiling di Kuala Terengganu.
Video yang dimuat naik itu kemudiannya mendapat respon yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya terkesima dengan tindakan wanita itu.
Ada yang mempersoalkan keperluan individu itu yang seolah-olah ‘menyusahkan’ pemilik kedai emas terbabit.
Namun, bagi pemilik Kedai Emas Odelon Jewels, Juliana yang ditemui mStar Online, pihaknya menerima apa sahaja kaedah pembayaran termasuklah menggunakan duit syiling.
Kata Juliana, dia agak terkejut apabila wanita terbabit menyatakan hasrat untuk membeli sebentuk cincin emas dan gelang tangan dengan duit syiling kerana ia tidak pernah berlaku.
Tak ramai yang nak terima duit syiling ni sebab renyah, jadi kami mengambil inisiatif sebaliknya sekaligus memudahkan orang ramai khususnya suri rumah yang ingin memiliki barang kemas idaman.
Video yang menjadi tular itu turut mengundang komen netizen yang pernah melakukan benda yang sama seperti wanita itu.
Tak apa janji duit. Ibu saya pun beli emas hari tu guna duit syiling hampir RM1,000. Semua staf kedai emas masuk dalam untuk tolong kira. – netizen
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.