Baru-baru ini, tular satu video memaparkan adik-beradik sedang bergaduh dan ianya dimuat naik sendiri oleh si ibu di platform TikToknya untuk dipertontonkan untuk orang ramai.
Melalui video berdurasi 11 saat itu, jelas terlihat dua adik-beradik itu sedang bergaduh sambil menarik rambut satu sama lain hinggakan salah seorang dari mereka menangis.
Namun, apa yang membuatkan video terbabit mendapat perhatian ramai adalah si ibu langsung tidak mengambil sebarang tindakan semasa mereka bergaduh.
Difahamkan dari laporan Kosmo, rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengecam tindakan si ibu dan menganggap wanita itu sengaja biarkan situasi itu berlaku atas sebab content semata-mata.
Dalam pada masa yang sama, ada juga berkata ibu bapa perlulah bertanggungjawab untuk menegur anak-anak jika berkelakuan seperti itu dari merakam keadaan terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.