Demi ‘Content’, 3 Beradik Buat Video Trend TikTok Sebelah Jenazah Bapa

Kehidupan

Demi ‘Content’, 3 Beradik Buat Video Trend TikTok Sebelah Jenazah Bapa

Keluarga mana saja yang tidak akan rasa sedih dan berduka jika ahli keluarganya terutama sekali jika ibu bapa pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan pelbagai cara untuk meluahkan perasaan sedih itu.

Advertisement

Salah satunya adalah dengan meluahkan rasa sedih di media sosial, tetapi tindakan tiga beradik ini yang dipercayai membuat rakaman di sebelah jenazah bapa mereka mendapat kecaman dari orang ramai.

Video yang berdurasi 18 saat itu menunjukkan satu trend dimana mereka perlu membuat ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan orang ramai ketika ini.

3 beradik buat video sebelah jenazah bapa

Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di ICU (unit rawatan rapi).

Difahamkan melalui laporan pihak mStar, arwah bapa mereka menghidap kanser tahap empat dan sebelum ini sering menjalani rawatan kimoterapi.

Video terbabit telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-rata mempunyai pandangan yang sama, dimana mereka merasakan tiga beradik membuat trend tersebut atas pemergian bapa adalah tidak sensitif.

Ig komenSumber : mStar  

Sedar diri mereka dikecam ramai, video terbabit telah pun dipadam dalam akaun TikTok mereka dan dimuat naik semula oleh pihak mStar di Instagram, namun setelah beberapa jam, video itu juga dipadam dari laman Instagram mStar.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah memberi penjelasan berhubung dengan video-video merakam orang meninggal dunia dan menurutnya, hal tersebut tidak sepatutnya dilakukan bagi seseorang muslim.

Aisar Khaled
3 years ago

Buat 'Content' Tengah Jalan Raya Sampai Menyusahkan Orang Awam, Pelakon Baru Dikatakan Lapar Perhatian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...