Demi Anak-Anak, Datuk Eizlan Yusof Dan Bekas Isteri, Vie Shanti Khan Masih Kekal Hubungan Baik

Hiburan

Demi Anak-Anak, Datuk Eizlan Yusof Dan Bekas Isteri, Vie Shanti Khan Masih Kekal Hubungan Baik

Meskipun sudah mempunyai haluan hidup masing-masing sejak berpisah 6 tahun yang lalu, Datuk Eizlan Yusof dan bekas isteri Vie Shanti masih mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.

Ujar Vie dalam sebuah hantaran di Instagramnya, mereka berdua perlu merendahkan ego dan bersikap matang demi menjaga hati anak-anak tersayang yang kini sudah meningkat dewasa

Advertisement

Tambah wanita itu lagi, bukan hati sendiri yang perlu dijaga namun kebajikan emosi anak-anak yang perlu disatukan.

“Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukhwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibu bapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan..” tulis Vie dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran foto di Instagramnya itu, Vie dilihat telah mengambil foto kenangan bersama Eizlan dan isteri serta anak-anak mereka yang lain. Dia dalam pada itu sempat mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya itu yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama isteri baru.

View this post on Instagram

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Terdahulu, Vie dan Eizlan telah bercerai pada tahun 2015 setelah hampir 8 tahun menyemai kasih bersama dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara,13, Zareef Yusof,11 dan Vie Zaalia yang kini berusia lapan tahun.

Vie kemudian mendirikan rumah tangga bersama seorang orang kenamaan manakala Eizlan pula bernikah dengan Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...