Menyatakan hasratnya mahu memberikan fokus utama untuk meluangkan masa bersama keluarga, usahawan terkemuka tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri dedah kini berasa lebih tenang apabila dapat berehat tanpa memikirkan soal perniagaan yang diusahakan sekian lama.
Menurut Aliff, beliau kini agak jarang mempamerkan video-videonya beraksi pelik kepada umum kerana mahu memberi fokus dan berseronok dengan keluarga sahaja.
“Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga . Maklumlah saya dah tua.
Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video di laman Instagramnya kepada umum ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Lankayan, Sabah.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga turut meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi lebih matang dan berfikiran rasional demi anak-anak tercinta.
“Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira.”
Untuk rekod, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah melangsungkan pernikahan pada pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Raudhah Arshiyah dan Yusoff Al Qardawi.

TetrisOnline
July 18, 2020 at 5:22 am
This website and I conceive this internet site is really informative ! Keep on putting up!
Anti Kosmetik
July 6, 2020 at 5:05 pm
tak caya aku dgn melayu cmni.
acah2 je. nanti dia buat jd content dkt media social dia