Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Demi Allah Shima Tak Ada Niat’ – Tiru Aksi Tokoh OKU, Baby Shima Mohon Maaf

Penyanyi yang menerpa nama di Indonesia, Baby Shima mengundang kritikan ramai selepas memuat naik video Tiktok menunjukkan reaksi kepada orang kelainan upaya (OKU). Orang ramai menganggap perbuatan Shima meniru semula aksi tokoh OKU, Zharif Affandi adalah tidak sensitif dan biadap.

BACA: Buat Video TikTok Hina Dan Ejek OKU, Baby Shima Dihentam Netizen

Advertisement

Terbaru, penyanyi ini menerusi laman Instagram memohon maaf kepada Zharif Affandi dan menjelaskan dia langsung tidak ada niat untuk mempersendakan orang kurang upaya. Tambah Shima lagi, dia langsung tidak mengetahui keadaan Zhariff Affandi sehinggalah ditegur netizen. Menyedari kesilapan itu, Shima bertindak memadam video selepas 30 minit dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Rasa sangat bersalah, Shima telah menghubungi saudara Zhariff Affandi untuk memohon maaf di atas keterlanjurannya. Dalam video berdurasi 7 minit itu juga, Shima mengakui kesilapan dan akan menjadikannya sebagai pengajaran.

Advertisement

Sumpah Demi Allah shima tak de niat langsung mempersendakan beliau. Tetapi ada org ni sempat rakam dan upload kat twitter video ni, tak tahu apa tujuan org tu buat, mungkin nak mengeruhkan lagi keadaan. Bagaimanapun shima ambil kesempatan ini utk memohan maaf , dan shima telah pun dah bercakap dengan abang @zhariff_afandi tadi.Insyallah shima akan ambil ini jadikan sebagai pengajaran buat diri shima.. dan shima akan lebih berhati-hati lagi.

Langsung tidak berkecil hati, Zhariff Affandi menerima permohonan maaf tersebut dengan tenang. Dia juga berterima kasih kepada penyanyi tersebut kerana telah menghubunginya sendiri untuk menjelaskan keadaan sebenar.

SUMBER : Baby Shima
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    March 31, 2021 at 9:15 am

    tulah sibuk nak buat tiktok sampai tak pikir. takpe la dah mintak maaf. kalau buat lagi memang benak la

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top