“Demi Allah, Saya Tidak Seperti Berita Negatif Yang Terfitnah Kepada Saya” – Isma Halil

Hiburan

“Demi Allah, Saya Tidak Seperti Berita Negatif Yang Terfitnah Kepada Saya” – Isma Halil

Penyampai radio Bapakku FM, DJ Isma Halil Hamzah, memohon maaf selain menjelaskan tuduhan bersabit dadah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini sebagai satu fitnah.

Menurut Isma, dia bersumpah dengan nama Tuhan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar.

Advertisement

Isma berkata demikian dalam satu nota ringkas yang diberikan kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengan anak guamnya kelmarin.

Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini.

Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemy lagi. Terima kasih kerana menyokong saya.

Isma Halil

Menurut Ahmad Zahir, Isma dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan. Berikutan itu, beliau turut memohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai seorang penyampai radio dipercayai dirinya yang ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja.

Pekin Ibrahim
3 years ago

Pekin Ibrahim Anggap Kes Dadah Dikalangan Artis Tak Perlu Diperbesarkan, Ia Bukan Perkara Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...