“Demi Allah, Saya Tiada Niat Pun..” – Abby Abadi Nafi Buat ‘Content’ Masalah Keluarga, Tak Cari Publisiti

Hiburan

“Demi Allah, Saya Tiada Niat Pun..” – Abby Abadi Nafi Buat ‘Content’ Masalah Keluarga, Tak Cari Publisiti

Pelakon Abby Abadi tampil menjawab kritikan sesetengah pihak yang menuduhnya sengaja mencari populariti dengan meluah perasaan di media sosial.

Ujar Abby yang ditemui media, dia sama sekali tidak mengganggap segala luahan hatinya itu sebagai sengaja meraih publisiti sebaliknya ia berlaku secara sendiri.

Advertisement

Demi Allah, saya tiada niat nak buat konten (mengenai masalah keluarga) atau apa pun. Ia hanya berlaku secara sendiri. Kalau nak ikutkan, tidak ada pun yang saya luahkan.

Dia juga menganggap netizen gemar membuat andaian dan menjangkakan perkara lain yang terjadi.

Mereka ini hanay buat andaian sahaja. Benda yang saya muat naik itu pun saya hanya masukkan lagu dan juga petikan ayat sahaja. Orang yang menjangkakan benda lain. Itu baru sikit, banyak lagi yang sebenarnya saya simpan.

Abby juga menafikan dia sengaja pusing cerita mengenai berita kematian anak kepada Marissa Dania bulan lalu.

Mengenai Marissa kematian baby saya memang tak tahu dan lambat dapat tahu. Demi Allah, saya tak tahu. Ada yang kata saya pusing cerita. Tahu tapi buat tak tahu, aduhai, apa yang pusingnya? Saya dapat tahu lepas semuanya selesai.

Meskipun pelbagai masalah menimpa keluarganya sebelum ini, Abby meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya masih menghormati dirinya.

Pelakon itu juga berkata dia hanya reda dengan apa yang terjadi dalam kehidupannya kini bersama anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin kerja kedai perap daging
3 months ago

"Tindakan Saya Mungkin Mengejutkan Rakyat Malaysia" - Fattah Amin Kerja Keras, 'Bawa Diri' Jual Kambing Perap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...