Boleh dikatakan sejak membuat pengumuman diri sudah berkahwin satu lagi, nama pempengaruh Alif Teega menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Lagi membuatkan isu ini menjadi ‘panas’ selepas adik iparnya, Amirul Adni Rustam mendakwa Alif sering memukul isteri dan seorang lelaki dayus.
Tidak mendiamkan diri, influencer berkenaan tampil perjelaskan bahawa segala dakwaan adalah satu fitnah dan sama sekali tidak akan memaafkan.
Kerana merasakan tuduhan yang dibuat sudah melampau, Alif berkata dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang biarpun ia datang daripada keluarga sendiri.
Dalam pada masa yang sama, influencer itu memohon agar orang ramai henti menyebarkan fitnah memandangkan pengumuman yang dilakukan adalah persetujuan bersama isteri, Aisyah.
Bagaimanapun, difahamkan hantaran tersebut telah dipadam selepas beberapa minit Alif memuat naiknya di Instagram Story.