Demi Allah, Isteri Saya Hanya Erra Seorang – Engku Emran

Hiburan

Demi Allah, Isteri Saya Hanya Erra Seorang – Engku Emran

Setelah mendiamkan diri selama ini, Engku Emran menerusi Harian Metro, hari ini menamatkan spekulasi orang ramai tentang rumah tangganya dengan Erra Fazira. Pasti ramai peminat Erra yang akan gembira mendengar penjelasan daripada Engku Emran yang hanya Erra isterinya seorang.

engku emran

Advertisement

Berikut ialah penjelasan Engku Emran:-

Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet. Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan. Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil.

Diharap dengan penjelasan ini, segala gosip keretakan rumah tangga mereka berdua dapat dihentikan. Lebih baik kita doakan mereka mendapat seorang lagi cahaya mata untuk menambahkan kemeriahan rumah tangga. Engku Aleesya pun rasanya dah tiba masa untuk menjadi seorang kakak. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

58 Comments

  1. Jeng jeng jeng

    June 25, 2012 at 10:01 am

    Kdg2 artis2 yg kena gosip mcm ni bkn apa suka berdiam sebab tak tau mcm mana or nak cakap APA LAGI dgn wartawan yg suka tabur fitnah ni. Bila berdiam digembar gebur plak crita ni, mkn menjadi2..plak . Haish.. Doakan yg terbaik utk Kak Erra & hubby.

    P/s: Aku pun lega rmhtangga dia org ni aman..

  2. Aku pemerhati

    June 25, 2012 at 9:40 am

    ha..cam ni baru la lega n puas hati bila husband dia bersuara..

  3. merpati

    June 25, 2012 at 9:37 am

    alhamdulillah.. dgn penjelasan ni, kire xde lg la spekulasi lg dh.. ee, jaga la keluarga sebaik2nya.. sian kt era, byk dh dugaan dlm perhubungan die lalui.. ef pun, jg umah tangga baik2.. rs2 x byk ms dgn keluarga, kurg2kan la aktiviti seni…

  4. wartawan baka zubirrr

    June 24, 2012 at 11:14 pm

    kdg2 aku rasa yg memandai buat fitnah besar camni adalah wartawan.pastu depa buat taik kata “ada orang kata”.kesian engku emran yg pendiam ni..tak psl2 kena menjawab dgn media.erra lg kesian,terkena tempias yg amat.

    >kesimpulannya,wartawan mmg durjana…setuju takkkk??wartawan yg plg byk kumpul dosa adalah wartawan gossip.byk benda fitnah dan tokok tambah drp yg sahih.inilah wartawan hiburan mesia!!!wartawan sukan jgk yg aku respek!!

    • Anonymous

      June 25, 2012 at 8:57 am

      aku pun cukup menyampah dekat wartawan, bila tgk tv soal artis pastu kata ada orang kata/peminat kata dsb, padahal kita xpernah kata dan dgr apa pun. diorang yg buat citer. dulu aku tgk dan aku fikir, kurengnya artis malaysia menjawab soalan, galak2 terlompat2 kasar2, pastu tgk wartawan yg bertanya pun kurang ajar jer, patutlaaa. cubala contohi wartawan dan artis korea, yg bertanya sopan dan yg menjawab pun sopan.
      wartawan kita gila glamer

Loading...