Demi Ajar Anak Bangsa Erti Kehidupan, Guru Ini “Disetankan” Murid Sendiri. Namun Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Netizen Tersentuh

Trending

Demi Ajar Anak Bangsa Erti Kehidupan, Guru Ini “Disetankan” Murid Sendiri. Namun Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Netizen Tersentuh

Menjadi seorang pendidik di sekolah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila menjadi seorang guru, besar tanggungjawab yang perlu dipikul oleh insan yang bergelar pendidik kerana ia salah satu pekerjaan yang sungguh mulia.

Advertisement

Cabaran menjadi seorang guru begitu sukar untuk kita fahami, namun ada yang berfikir ianya sekadar mengajar subjek yang perlu diajar tapi bukan itu sahaja tugas guru zaman sekarang. Tak semudah kita bayangkan di mana guru kini memainkan perana dalam semua aspek, sebagai jurutalitih bola, sebagai urusetia sukan, sebagai kerani dokumentasi dan pelbagai lagi sembil perlu melayan pelbagai ragam, perangai dan karenah anak murid di sekolah.

Kisah pengajaran kali ini mungkin membuatkan kita sebagai pembaca akan rasa terharu, yang mana seorang guru bernama Najihah Rahman yang mahu mengajar anak-anak muridnya erti kehidupan sebenar di sebalik anak-anak muda kiri terdedah dengan pelbagai pengaruh sosial yang makin membelenggu masyarakat kita.

Hari ini 17 Ogos 2016 adalah antara hari yang sangat menyedihkan dalam karier saya sebagai seorang guru. Saya di’setan’kan oleh anak murid sendiri oleh kerana nasihat dan niat saya untuk memanusiakan dan tidak mahu disoal di akhirat kerana tidak menegur dan memperbaiki akhlak sesama muslim.

Pada waktu saya di kelas darjah 3, saya didatangi oleh seorang pelajar perempuan ketika saya khusyuk membuat saringan LINUS.

“Teacher, saya nampak Ahmad (bukan nama sebenar) pegang payudara Nurul (bukan nama sebenar)”.

“Ha?! Panggil si Ahmad ke sini”.

Si Ahmad pun datang ke meja guru.

“Teacher dengar aduan benda tak senonoh awak buat ni. Jelaskan dekat teacher sekarang”.

“Saya tak sengaja. Saya tercucuk dia sebab dia pukul saya dulu.”

Bila dengar sahaja perkataan tak sengaja, saya lega. Mungkin tiada niat seorang kanak kanak berumur sembilan tahun untuk melakukan gangguan/serangan seksual terhadap rakan sekelas yang juga seorang perempuan.

“Nurul, sini sekejap. “

Si Nurul datang dekat dengan saya.

“Kenapa teacher?”.

“Betul ke si Ahmad ni cucuk awak kat situ?”

“Ya. Petang semalam pun waktu sekolah agama di selak kain saya.”

“Jangan cuba reka cerita. Ini serius. Ada saksi?”

Si Ahmad diam. Datanglah budak yang pertama mengadu dengan saya.

“Betul teacher. Dia selak kain Nurul”.

Allahu, gugur jantung saya.

“Ahmad, betul awak buat?”

“Saya terselak tak tinggi pun teacher. Setakat betis je”.

Saya urut dada sambil pandang muka mereka. Bagaimana budak sekecil ini mampu/mempunyai nafsu untuk bergurau begitu? Saya ambil pembaris panjang dan ketuk sekuat hati di meja guru untuk mengalih perhatian semua anak murid.

“Dengar sini semua. Ada ke tak mak ayah awak semua terangkan bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh orang lain?”

“Ada!”

“Awak semua tahu ke pada setiap inci anggota tubuh awak ada bahagian sensitif dan tak boleh disentuh orang lain? Jelas ke tak pasal ni?”

“Jelas, teacher” dengan sekuat hati mereka.

“Antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulan. Lelaki tak boleh sama sekali sentuh perempuan begitu juga dengan perempuan. Haram untuk sentuh lelaki! Ini amaran terakhir. Teacher tak nak dengar lepas ni salah seorang daripada kamu bergurau melebihi batas. Ini sangat serius dan ini adalah satu bentuk gangguan seksual”.

Mata si Ahmad berkaca.

“Saya nak kamu bertiga jumpa Guru Penolong Kanan sekarang”.

Jadi saya serahkan kes ni kepada GPK. Lepas disoal siasat, mereka dibenarkan balik ke kelas dengan amaran terakhir. Tidak meletakkan salah seratus peratus terhadap Ahmad sebab Nurul pun sama juga tiada batas ketika bergurau.

Saya kembali dengan tugasan dan kemudian didatangi lagi 3 orang murid perempuan menyerahkan saya sebuah buku.

“Ini buku nota Ahmad. Dalam ni dia ada tulis pasal teacher”.

Saya ambil buku tu. Baca. Dan saya sebak.

Dalam hati saya terlintas Ahmad mesti berdendam dengan saya.

Saya duduk dan tiba tiba Ahmad datang.

“Saya ada ambil susu untuk kawan kawan teacher” nada suara tenang.

“Good. Boleh teacher cakap dengan awak sekejap?”

Dia angguk dan saya pimpin tangan dia bawa ke perpustakaan. Saya meletakkan Ahmad seperti anak saya sendiri.

“Teacher nak awak cakap jujur Ahmad. Teacher tak akan marah awak tapi teacher nak tahu awak marah teacher ke?”

“Tak.”

Saya tunjuk helaian itu pada Ahmad.

“Awak tulis ni?”

Dia tenung saya. Membisu. Mata berkaca.

“Tak payah nangis, teacher tak akan marah awak. Cakap terus terang awak tulis?”

“Ya.”

“Apa perasaan awak masa awak tulis ni?”

“Malu dan marah”.

“Baik, teacher faham. Teacher tak salahkan awak. Teacher faham awak rasa malu dengan kawan kawan awak sebab ni kan? Sebab teacher marah awak depan kawan kawan kan?”

Dia angguk dan mula menangis teresak esak.

Saya pegang tangan dia.

“Dengar sini Ahmad. Awak marah teacher bersebab dan teacher marah awak pun bersebab. Awak faham kenapa teacher marah awak?”

“Faham teacher.”

“Awak ni budak yang sangat baik. Tiap pagi awak datang dekat kereta teacher tolong angkat barang barang teacher. Awak sangat ringan tulang, Teacher sayang awak sebab awak budak baik.”

Tangisannya makin deras dan kuat.

“Teacher juga tahu keadaan awak dekat rumah. Ayah awak bawak lori 2 minggu sekali baru balik rumah kan? “

Ahmad mengangguk laju.

“Ahmad bayang ye kalau ayah takde kat rumah siapa akan jaga mak dan kakak?”

“Saya”.

“Kalau Ahmad kena jaga kakak dan mak, Ahmad tak boleh buat perangai macam ni. Ahmad suka kalau tengok kakak kena peluk dengan orang lelaki, disentuh pada tempat yang tak sepatutnya?”

“tak suka teacher”.

“Teacher sanggup Ahmad kalau awak nak cakap teacher setan sekarang pun daripada esok-esok mak awak yang orang setankan sebab tak pandai jaga anak. Ingat pengorbanan mak yang terpaksa bekerja siang malam untuk sara awak. Jauh lagi perjalanan awak. Macam-macam orang yang awak akan jumpa. Lebih daripada apa yang awak jumpa kat sini. Awak faham kan?”

Dia mengangguk sambil genggam tangan saya kuat.

“Kalau awak berdendam dengan teacher, awak tak akan dapat ilmu daripada teacher. Jadi macam ni. Teacher seikhlasnya mintak maaf pada awak, Teacher tak bermaksud nak memalukan awak. Hanya nak bagi peringatan pada orang lain. Pada kawan-kawan awak yang benda ni sangat serius. Teacher maafkan awak dan harap awak tak ulang lagi benda ni”.

“saya mintak maaf teacher. Saya salah. Saya tak sepatutnya buat macam tu.”

“Lain kali bila kawan perempuan pukul awak, jangan balas. Bagitau teacher, faham?”

“Faham”.

Saya pimpin Ahmad ke kelas.

“Dengar sini semua, lepas ni teacher tak nak dengar sesiapa pun mengejek Ahmad pasal kejadian pagi tadi. Kalau teacher dengar, siap kamu.”

saya tanya Ahmad berapa duit dia bawa ke sekolah.

“seringgit teacher”.

Saya hulurkan RM2 kepada Ahmad untuk mengembirakan hati dia.

“Ambil duit ni makan di kantin apa yang awak nak ye?”

“Terima kasih teacher”

Betapa sucinya kanak-kanak. Tiada hasad, tiada dengki, Ini pengajaran buat saya untuk menjadi lebih baik. Moga Allah ampunkan dosa saya dan permudahkan urusan untuk saya terus ikhlas mendidik.

Perkongsian :  Najihah Rahman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...