“Demi Abang Long..” – Rebecca Nur Al Islam Ambil Keputusan Padam Hantaran Melibatkan Datin Shahida

Hiburan

“Demi Abang Long..” – Rebecca Nur Al Islam Ambil Keputusan Padam Hantaran Melibatkan Datin Shahida

Atas nasihat dan demi menghormati abang sulungnya, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran berkaitan Datin Seri Shahida di akaun media sosial miliknya.

Menerusi satu hantaran terbaharu, Rebecca memaklumkan bahawa dia telah menerima teguran dan nasihat daripada abangnya susulan isu yang tular sejak semalam.

Advertisement

rebecca nur al islam bergaduh dengan datin shahida

Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.

Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

“Saya akan padam segala-galanya. Blood is thicker than water (air yang dicintang takkan putus),” tulisnya.

Terdahulu, Rebecca menjadi tumpuan di platform media sosial apabila membidas kenyataan Datin Seri Shahida yang menyifatkannya sebagai individu yang gemar mencari publisiti dengan sering berkongsi kisah berkaitan ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Rebecca kemudiannya membalas dengan menggelar Shahida sebagai “mak cik bodoh” dan menuduhnya bermulut jahat.

Malah, Rebecca turut memuat naik komen daripada netizen yang mendedahkan aib peribadi Shahida, sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bonda rozita anggap shahida menantu terbaik
1 day ago

"Menantu Saya Tak Kaya, Tapi Tak Meminta-Minta" - Bonda Rozita Anggap Datin Shahida Menantu Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...